Sunday 8 January 2017

lepas cuti

seminggu dah balik holiday. holiday malaya jah pun. alhamdulillah puas hati dan bersyukur sangat walaupun rasa sekejap (36 hari) tapi banyak yang allah bagi. allahuakbar. dapat bersama suami. dapat jumpa anak2. dapat jumpa ayah, kawan2 rapat walaupun tak semua tapi sudah cukup puas hati. akhirnya dapat jumpa anak tiri yang dah 10 tahun nak jumpa. suka sangat. orang ni bila kita jumpa mesti kita jatuh sayang. selalu gitu. itulah allah suruh kita silaturahim. dapat jumpa mok na makcik nina yang dah 20 tahun tak jumpa. ni semua tak harap pun tapi allah bagi juga. allahuakbar.
Paling seronok tengok ayah sihat. aku lega juga dia stay dgn cucu dia. ada juga teman dia.

kali ni aku  tak bawa hati balik Ranau. sebab? sebab aku dah decided aku nak pindah. aku nak balik malaya nak stay dekat dengan family dgn suami dgn anak. aku terus jatuh cinta dengan lot rumah di langkawi. hutan tebal sunyi nyamuk sungai jernih dgn anak ikan kecik2 ....nak apa lagi itu mimpi aku.
aku baru perasan aku tak suka modern life. selama ni aku tak faham tapi sekarang aku faham. patutla aku selalu suka suasana kampung banyak pokok rumah tua kambing lembu itik. dari kecik sampai aku tua dah ada anak dara tak lama lagi dapat menantu (insyaallah) minta aku tak berubah. itu-itu juga. tengok movie pun memang suka yang tahun 1800. paling2 pun 1940 ke belakang. suka yg cerita dalam hutan, terpencil. tak berubah aku ni. dari zaman kecik, sekolah pun aku memang agak antisocial. puas hidup sendiri. tak suka orang dan orang pun tak suka aku. itu lah aku pun pilih suami aku yang memang macam aku. yang ni satu aku sangat berasa allah bagi apa yang aku nak.



Monday 16 May 2016

as i say...aku tak nak terlalu banyak sgt terlibat dgn hidup anak aku ni. kalau depa dah rasa besar dah boleh fikir sendiri, fikir lah apa lagi kalau depa dah mula ada rasa mama mereka ni menyibuk saja. aku tak nak eh anak berasa aku ni naak sangat mereka ada dengan aku. kalau mereka suka di luar sana dgn kawan2, kau punya pasal lah. aku pun ada life aku sendiri juga. anak ke sapa ke, bukan aku yg buat takdir mereka. masing2 uruslah diri sendiri. lelaki ke perempuan ke. anak dara ke anak lelaki ke. suka hati lah. aku mg pun bukan jenis paksa2 orang apalagi org yg dah besar panjang cuma kena ingat la aku walaupun mama boleh juga buat kat hangpa macam hangpa buat kat aku. aku pun boleh juga buat tak berapa perlukan hangpa. terpulanglah.
malas nak menangis kerana anak. dah puas dah hidup aku susah. cukup cukuplah. susah tu susah kalau kita nak benda yg kita susah nak dapat. kalau kitra tak nak tak ada la susahnya. bukanya susah mana pun nak buang susah.

mana-mana la anak ni. mana yang nak ikut kita, ikut. mana yang tak nak suka hati la.

aku sebenarnya paling suka uruskan diri aku and hidup aku sendiri daripada uruskan hidup orang tapi since aku ada anak aku tinggalkan la dulu diri aku layan mereka. tiba masa mereka pergi, pergi la. habislah kerja aku.

aku tak nak ah terlalu jadi mama mama ni. aku nak berurusan dgn anak aku macxam biasa biasa saja. jgn interfior sangat jangan tanya tanya sangat jangan masuk campur sangat .

gaya aku yang sudah sudah tu sudah lah. aku dah mula dgn sara. aku tak layan sgt pun dia. tak ada perasaan pun nak tanya apa apa hal dia. paksa2 diri saja ni tanya. lain kali malas la nak tanya.


ada satu topik yang aku nak tulis ko sara tapi lupa dah.

aku pun malas dah nak terlalu bergantung hal2 it ni dgn anak. malas ah. demo endah tak endah saja. aku pun boleh belajar sendiri.

apa yang aku nak buat aku kena usaha sendiri. bukan org suka ni kita minta minta dari org. aku tak akan dah minta minta tolong nina. tahu dah. minta pada yang nak kalau tak nak jangan minta. and aku pun tak ada la nak bagi favor favor ni. masing masing , masing masing la. layan org macam org layan kita.

bukan aku yg tentu kan nasib n masa depan dia. serah kat allah. nasib dia antara urusan dia gan allah. kalau dia baik gan allah baiklah nasib dia. aku pun tak reti nak ajar org sebb ajar diri sendri pun tak reti.

Thursday 28 April 2016

itu lah along.

along dia akan buat benda yang dia tahu sikit tu pun besar-besar and tunjuk kat orang lain dengan yakinnya. itulah along. bagus juga tapi dia tak sedar benda yang dia tahu tu pre school . hihi